Kempen Keahlian Percuma
dengan hanya perbelanjaan minimum RM10.00

Soalan Lazim

1. Berapa lamakah tempoh kempen ini?

Kempen ini bermula dari 1 Julai 2021 hingga 30 September 2021.
2. Saya bukan ahli Cosway. Bagaimana untuk saya mendaftar secara percuma?

Anda boleh berkunjung ke mana-mana kedai Cosway atau secara online di https://shop.cosway.com.my/ untuk didaftarkan dan berbelanja minimum RM10.00 untuk produk-produk Cosway (termasuk C, N, T, P, S, V, B, M, RN, Q). Jika anda mempunyai rakan yang sudah menjadi ahli, anda boleh menyertai di bawah ID penaja rakan anda. Sila isi Borang Permohonan Keahlian dan serahkan kepada operator kedai. Anda dikehendaki memberikan maklumat yang tepat untuk pendaftaran anda bagi menerima manfaat keahlian penuh dan berita promosi.
3. Sekiranya saya seorang VIP Shopper / BO bagi eCosway, bolehkah saya memperbaharui keahlian saya secara percuma?

Tidak, kempen ini adalah untuk keahlian Cosway. Walau bagaimanapun, anda boleh menyertai sebagai ahli Cosway baharu secara percuma di bawah kempen ini.

Pendaftaran Baharu

4. Apa yang saya peroleh jika saya menyertai sebagai ahli Cosway di dalam kempen ini?

Anda akan menerima e-katalog Tawaran Istimewa Ahli secara bulanan melalui e-mel dan e-baucar hari lahir bernilai RM100.00. Anda juga menerima insentif dan bonus mengikut SMART Membership Manual (https://view.publitas.com/cosway-malaysia/smart-membership-manual/page/1), Kupon e-Penebusan (eRC) untuk menebus produk-produk hebat dan membeli Satu (1) Set Permulaan dengan penjimatan sehingga 50%. Selain itu, anda akan menerima e-baucar alu-aluan RM8.00 pada pembelian pertama anda semasa pendaftaran dengan perbelanjaan sebanyak RM80.00 dan juga dapat menikmati tawaran Ganjaran Alu-aluan yang diiklankan dalam POSM. Anda juga akan diberikan Satu (1) Kit Permulaan PERCUMA untuk memulakan perniagaan melalui keahlian Cosway anda. Anda berhak membuat pembelian satu kali sehingga 3 item (1 unit setiap satu) untuk Ganjaran Alu-aluan setelah pendaftaran keahlian anda.
5. Saya memahami dengan keahlian percuma ini, saya hanya layak menerima e-katalog Tawaran Istimewa Ahli. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya ingin mendapatkan katalog fizikal?

Anda boleh mendapatkan katalog bulanan bercetak secara percuma daripada kedai Cosway yang terdekat. Setiap ahli yang baharu mendaftar berhak mendapat Satu (1) salinan fizikal setiap bulan, selagi stok masih ada.

Pembaharuan dengan Yuran Langganan

6. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan pembaharuan keahlian percuma? Berapa lamakah tempoh keahlian percuma ini?

Anda hanya perlu mengunjungi mana-mana kedai Cosway dan berbelanja minimum RM10.00 bagi produk-produk Cosway untuk memperbaharui keahlian anda selepas bulan luput. Sebagai contoh, jika keahlian anda telah luput pada bulan Mei 2021 dan jika anda memperbaharui keahlian anda pada Julai 2021, keahlian percuma
anda akan bertahan sehingga bulan Mei 2022 berdasarkan bulan berakhirnya keahlian anda. Anda dinasihatkan untuk memperbaharui keahlian anda dengan segera.
7.

Apa yang saya peroleh sekiranya saya memperbaharui keahlian Cosway dalam kempen ini?

Anda akan menerima e-katalog Tawaran Istimewa Ahli secara bulanan melalui e-mel dan e-baucar hari lahir bernilai RM100.00. Anda juga menerima insentif dan bonus mengikut SMART Membership Manual (https://view.publitas.com/cosway-malaysia/smart-membership-manual/page/1), Kupon e-Penebusan (eRC) untuk menebus produk-produk hebat dan membeli Satu (1) Set Permulaan dengan penjimatan sehingga 50%. Selain itu, anda akan menerima e-baucar alu-aluan RM8.00 pada pembelian pertama anda dengan perbelanjaan sebanyak RM80.00 dan juga dapat menikmati tawaran Ganjaran Alu-aluan yang diiklankan dalam POSM. Anda berhak membuat pembelian satu kali sehingga 3 item (1 unit setiap satu) untuk Ganjaran Alu-aluan setelah pembaharuan keahlian anda.

8.

Saya memahami dengan Kempen Keahlian Percuma ini, saya hanya layak menerima e-katalog Tawaran Istimewa Ahli. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya ingin mendapatkan katalog fizikal?

Anda boleh mendapatkan katalog bulanan bercetak secara percuma daripada kedai Cosway yang terdekat. Setiap ahli yang baharu mendaftar berhak mendapat Satu (1) salinan fizikal setiap bulan, selagi stok masih ada.

9. Sekiranya keahlian saya luput pada bulan September 2021, adakah saya layak mendapat pembaharuan keahlian percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM10.00?

Ya, anda berhak untuk memperbaharui secara percuma kerana tempoh luput ahli anda berada dalam tempoh kempen (Julai - September 2021). Namun demikian, anda hanya boleh memperbaharui keahlian anda di bulan Oktober 2021. Jika keahlian anda luput di bulan Oktober 2021, anda tidak layak untuk menikmati tawaran ini.

E-baucar alu-aluan RM8.00

10. Bagaimana saya mendapatkan e-baucar alu-aluan RM8.00?

Ahli pembaharuan yang baru mendaftar dan berbayar berhak mendapatkan e-baucar alu-aluan RM8.00 dengan perbelanjaan RM80.00 untuk pembelian pertama semasa pendaftaran / pembaharuan. Anda boleh mendapat e-baucar alu-aluan maksimum 2 x RM8.00 dalam satu resit. E-baucar alu-aluan RM8.00 boleh digunakan dengan berbelanja minimum RM50.00 (termasuk kategori promosi P, S, V, B, M).
11. Mengapa e-baucar alu-aluan RM8.00 tidak dapat digunakan bagi kategori produk N & T?

E-baucar alu-aluan RM8.00 melalui Kempen Keahlian Percuma digunakan untuk meningkatkan jualan item promosi. Oleh itu, penjualan produk pada harga ahli biasa bagi kategori N & T adalah tidak sah.

Pembaharuan Automatik

12 Bagaimana saya layak mendapat keahlian pembaharuan automatik?

Kelayakan minimum untuk pembaharuan automatik ialah RM600.00 (setahun) sepanjang tempoh kempen berlangsung.
Sekiranya bulan luput keahlian anda jatuh pada bulan Julai 2021 dan anda telah membelanjakan RM600.00 sepanjang tahun sehingga Julai 2021, maka keahlian anda akan diperbaharui secara automatik.
13. Siapa yang berhak menikmati Ganjaran Kesetiaan?

Ganjaran Kesetiaan adalah khas untuk ahli dengan pembaharuan automatik yang memenuhi syarat minimum RM600.00 yang dibelanjakan dalam setahun. Anda berhak membuat pembelian sekali sahaja sehingga 3 item (1 unit setiap satu) mulai 1 Julai 2021 melalui kedai Cosway.

Catatan: Anda layak membeli Ganjaran Kesetiaan setelah keahlian anda luput dan layak untuk pembaharuan automatik.
14. Bagaimanakah saya tahu bahawa saya layak untuk mendapat e-baucar kesetiaan RM20.00?

Jika keahlian anda layak untuk pembaharuan automatik daripada Julai - September 2021, anda akan mendapat e-baucar RM20 PERCUMA (RM10 x 2) semasa tempoh kempen (Julai - September 2021). Setiap e-baucar RM10 hanya boleh digunakan semasa pembelian seterusnya dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit di bawah kategori promosi P, S, V, B, M. Berbilang baucar dibenarkan. Anda akan menerima satu SMS daripada syarikat berkenaan tempoh sah baucar dan kod baucar (masukkan nombor telefon bimbit anda sebagai kod baucar).